Friday, July 29, 2011

Kedai Makan Best




Errr why did I look soo blue? Where am I?

Ok you got it. Kau edit lah dooo T_T


**********************************************************


Last Saturday hari tu, ibu kena oncall dan kakak pula tiada di rumah. Oleh kerana takde sape nak disuruh masak (memang taklah nak suruh aku masak, goreng nugget pon tak lepas T_T) maka ayah telah membawa kami 3 beradik ke satu english restaurant di Bangi.

Restaurant tu sangat best. Sangat lawa. Sangat bersih. Sangat styleeeee (Y) Waktu kitorang sampai takde orang lain. We were their first customers *bangga*

Ini dia bukti kenangan terindah kami di Little White Cafe! Marilah dunia lihat kegembiraan kami. Sila jealous cepat wahahaha




















Sabar menanti makanan untuk dihidangkan



Dalam masa 2 minit sahaja hampir habis dimakan. Thumbs up adik-adik.







Hahahahaha! Lawak gila muka kau dik




Hyda, kau punya cabonara lagi sedap. Serious.

Meleleh air liur kalau tengok time bulan puasa

Nak rasa?

Chocolate chip cupcake ini adalah cupcake terrrsedap aku pernah makan




Other blogger's comment :

    To all English style deco fans,
    I recommend you to come to this place.
    To all healthy eating, English style food, cakes and pastry fan,
    You too, have to come here!

                                                   -The Juggling Queen


Location : 13-G-1, Jalan Medan PB 4A, Pusat Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor, Malaysia.


Saturday, July 23, 2011

Pernah Nampak Tak?

Hari ni aku ada satu berita tergempar nak cerita, berita tergempar ni wehhhhh. Para wartawan pon  belum tau lagi. Haa mari sini datang dekat sikit Cik Senah, Cik Joyah, Cik Tipah kita gossip reramai. Cerita best ni! Nak tau tak ada satu hari ni kan...


Alaa malu lah nak cerita *gelak gedik*


Korang 


tengok 


lah 


sendiri.....



 Nurhusna Abdrani 



 Johan As'ari 

@ 



Wooo Johan Asari yang jadi Botak dalam cerita Juvana tu reply tweet aku dohhhhh! *teruja gila* 


Johan atau nama sebenar dia kalau tak silap aku ialah Johan Arrif Asari, ex sekolah tahfiz and anak Dato' fuyyoooo! Johan, saya masih single ^_^  *ehem*



Johan ni hensem kan bila ada rambut? Eh tapi bila botak pon comel ehehehe.


Eh kejap, rasa-rasanya semua orang pon dah tau tentang kekacakan mamat ni. Berita tergemparlah sangat kan?


Oh silap silap, ok yang ini betul-betul punya.
Benda pelik, pernah nampak? Pelik yang tak terlalu pelik tapi pelik. 


Tengoooookk ni!


Ini dia gadget shoes, style gilaaa


Ini dia insect enlocked shoes, style sungguh


Ini dia reverse heal shoes, style habisss

Ini dia nike shoe burgers, style kottt

Dan yang terakhir...

Fish shoes, style lah sangat T_T


Sampai disini sahaja berita untuk kali ini, saya Husna Abdrani melaporkan untuk diaryalammaya.blogspot.com. Sekian, sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.



Thursday, July 14, 2011

Quotes of Life

-Sometimes, people tend to judge other people based on what they see.They didn’t know that those words they are saying can kill a person inside. Deep inside they are crying. Deep inside they are dying.




 -When some people judge you without knowing who you really are, show them you also have some people that love you just the way you are




-Everybody has their own stories. It'd be much better if we decide to fix our own mistakes first rather than judging people.



Zaman Comel Saya

Wah wah wah tajuk diaaa, tak boleh blah gila. Suka mencapub sangat budak ni kan? Kehkehkeh! Masa kecik-kecik dulu mesti rasa diri comel, kan? Sapa yang tak rasa tu pergi compare diri anda sekarang dengan dulu dekat cermin cepat!


Zaman comel; zaman bayi dan kanak-kanak memang best. Such an innocent soul. Selalu dibelai-belai dan dipuji-puji kecomelan kita. Selalu diberi gula-gula dan icecream kalau nak suruh kita berhenti menangis/merajuk. Ahhhhh rindu zaman comel :')


Masa aku tengah belek-belek album nak cari gambar waktu kecik yang nak dihantar ke kawan sekelas yang nak ditampal di kelas konon-kononnya idea kreatif nak cantikkan kelas : 


"Wadefak asal bila muka aku tengah comel *ehem* mesti kakak aku nak menempek muka dia sekali??!"


Cehhhhhh dah tak boleh nak tunjuk gambar tu kat kelas sebab dah kelas aku mestilah nak gambar aku SORANG SAHAJA tsk tsk tsk. So aku pon ingin melepaskan kesedihan aku nahhh aku tunjuk dekat satu dunia! Hekhekhek




Baiknya aku dulu, suka solat

















Eh kenapa aku happy semacam dalam gambar ni?


Rindu nak main dalam rumah kecik tuuu


Wow wow mainan baru beli


Aku rasa aku tengah main peek-a-boo





I look like a boy T_T




Sorry gambar tak HD. Bilalah aku boleh dapat DSLR kepunyaan sendiri? :(


Eh tapi bila dah besar pon comel apa?






Kannnn??!



Ok sudah sudah tak payah nak perasan sangat, orang dah nak termuntah dah ni -.-


Friday, July 1, 2011

Kisah Percutian



Waktu musim cuti sekolah awal bulan 6 hari tu (okay fine, cerita ni dah basi T_T ) aku dan keluarga gi bercuti ke….




London yawww!


Best gilaaaa! Korang memang kena pergi sendiri baru faham ke-best-an yang aku maksudkan. The best destination ever, memang honeymoon nanti kena pergi sini lagi. Eh?? Padahal lambat lagi nak kahwin, SPM pon tak lepas sedar lah diri tu sikit Husna oii tsk tsk T_T


Tempat yang cantik, sangat bersih dan tak panas macam Malaysia. Eh kau apahal nak buat comparison ni haa? Tak bersyukur betul kau dilahirkan di negara yang aman macam Malaysia ni ish ish ish *geleng kepala*  Hehe peaceee (;






Orang dekat sana memang baik-baik belaka, dah lah mata biru. Oh envy gila dekat diorang! Yang paling best, sepanjang kitorang jejalan dekat London ni berderet-deret mat salleh hensem lalu-lalang *winkwink* Part paling best bila bla bla bla bla bla bla bla bla  OKAY AKU TIPU JE KOT. Kahkahkah! Memang tak lah nak pergi London kan, dalam mimpi je lah nak jejak London ni . Okey sorry sorry.

So where are we heading to?

Yeah fine dalam Malaysia je pon. Aku rasa semua orang pernah pergi kot tempat ni. 


Where?






Yaa itu lah dia…Genting Highland baby! Pergi sana 3 hari 2 malam, hari kedua baru bersuka-ria di theme park. We all duduk apartment kawan ayah aku. Apartment tu memang untuk orang-orang kaya je kot. Security dia gila ketat. Nak naik lift pon kena scan apartment’s card dulu kalau tak pintu lift tu takkan tertutup dan tak boleh tekan tingkat berapa nak naik. Tak silap aku apartment dia ada 4 blocks yang sangat besar, hanya ada 2 je buyers Melayu. DUA SAJA!



Day 1


12.30pm –Genting here we are!! Baru sampai haruslah teruja

1.00pm- Lepak-lepak dalam apartment, pusing satu apartment tu, sekejap gi dapur, sekejap masuk bilik, sekejap masuk tandas. Memang takde kerja, jakun mood activated.

3.00pm- Adik-adik aku pergi bersuka ria di swimming pool meninggalkan aku dengan ibu. Aku dalam bilik online guna laptop, ibu dekat living room online guna android. Yeah memang bagus betul. Padahal sama-sama tengok cerita yang sama dekat tonton, Nora Elena. Hahahaha we need our own privacy gitu.

8.30pm- Keluar makan dekat restoran apa entah. Service dia out, makanan dia okay lah… kot.




Day 2

8.40am- Membeli ticket cable car pergi dan balik
















9.00am- Weehoo sudah berada di theme park. Masing-masing ukur ketinggian layak main roller coaster ke tidak.

Okay fine memandangkan aku dah tak ingat pukul berapa kitorang buat apa semua, so nah layan gambar-gambar keriangan kami sekeluarga. Enjoice!


Our first game, Roller coaster ride




























Seperti yang anda lihat ini sahaja gambar yg sempat dirakam, tengah syok-syok main tiba-tiba battery habis   $&#*^%#*%

And most of the time aku jadi photographer so orang  yang ditangkap gambarnya tidak mengizinkan gambarnya dipaparkan dalam blog ini.


Day 3

Melawat strawberry park yang terletak betul-betul depan apartment. 














Itu saja kisah percutian kali ini, bersambung bila pergi bercuti lagi.