Lega sangat! Exam is overrrr! Woohoooo! *dance*
Malam nie boleh tidur awal. Akhirnya! Kalau sebelum nie aku telah mengorbankan masa tidur aku sebab nak study untuk exam tapi malam nie hore hore boleh tido awal. Boleh balas dendam untuk malam-malam sebelum nie. Tapi hari nie Jumaat, macam tak syok pulak nak tido awal. Apa barang tidur awal kalau esoknya cuti, ye tak? Oh ya malam nie ade cerita cina yang best! Kat tv2 or 8tv kot. Cerita tu aku dah pernah tengok, sumpah best!
Fuhhh dah lama tak tengok tv. Exam start hari isnin, jadi start daripada hari ahad hari tu sampai sekarang nie aku tak tengok tv langsung. Percaya tak? Okay memang tipu. Aku tengok tv kurang dari sejam sehari minggu nie. Exam punya pasal lah. Masa untuk aku tengok tv berjam-jam telah digunakan untuk membaca buku. Masa untuk aku dengar radio berjam-jam telah digunakan juga untuk membaca buku. Masa untuk aku online berjam-jam lamanya juga digunakan hanya untuk membaca buku. What a boring life! Memang jadi katak di bawah tempurung lah kan tak tau apa-apa pasal isu semasa. Inilah jadinya kalau study last minute -,-
Aktiviti aku sepanjang minggu ini
Paling tak boleh blah ialah jadual hari khamis, Agama dengan Biology. Kelam kabut nak baca, dua-dua subjek yang kena hafal-menghafal nie. Dah lah paper semua susah, soalan objektif dia senang tapi part yang subjektif tu memang perghh terbaik lah kan. Haah padan muka jawapan mengarut yang aku bagi. Nasib lah dari tak jawab.
Tadi paper Addmath je. JERRR. Memang nak mintak penampar betul soalan-soalan dia. Sakit hati betul apehal nak bagi soalan susah-susah sangat. Kan baru first test, bukannye final exam woi! Bertimbang rasalah sikit ohh. Ada beberapa soalan yang aku tak jawab. Sebab soalan dia mengarut. Kahkahkah.
Aku tak jawab bukan sebab masa dah tamat, tak silap aku ada lagi 10 minit kot. Aku tak tau macam mana nak jawab ada beberapa soalan tu, tapi parents aku cakap kalau tak tau pon jawab je, isi je, hentam je. Mane tau betul? Tapi soalan tu aku memang tak tau macam mana nak start hentam pon, jadi aku buat keputusan tak nak jawab sebab nak guna masa untuk check balik jawapan yang aku dapat jawab daripada pikir macam mana nak reka jawapan soalan yang tak tau. Aku nak pastikan soalan yang aku dapat jawab tu betul, tak ada silly mistake walaupon aku tak berapa sure betul ke tak jawapan yang aku kasi tu. Lebih baik daripada buang masa 10 minit tu reka jawapan yang memang konfem salah kan.
Aku tengok orang lain semua tak siap lagi. Selalunya dorang nie time time camni dah rilek-rilek dah. Aku pon dah cuak lah eh betul ke jam aku nie, tapi takkan salah pulak sebab tadi okay je, tak pernah buat hal pon sebelum nie. Cikgu pulak tak bagi tau tinggal lagi berapa minit nak habis. Aku pon meneruskan lah usaha aku untuk recheck jawapan aku tadi. Bila cikgu kata masa dah habis, aku tengok ade beberapa orang yang terkejut eh masa dah habis ke. Buat muka cuak, tak siap lagi lah tu. Kahkahkah.
Apa-apa pon aku harap sangat tak fail, teruk macam mana pon aku tak nak fail! Ya Allah janganlah kau beri aku fail dalam mana-mana subjek, aminnnn. Dah dah mari kita lupakan seketika segala-galanya tentang exam. Jom kita enjoy holiday nie! Jom kita pergi bercuti dengan hati yang tenang dan gembira. Happy holidays kawan-kawan! :D
