Tuesday, February 15, 2011

Artis Fevret

Artis fevret. Ya, itulah topik yang nak aku tulis hari nie. Artis Malaysia sahaja lah tapi, support our local babe. Hmm aku rasa aku start mengetahui dunia hiburan nie masa darjah 2. Hahaha gila awal. Tapi time tu aku hanya kenal Siti Nurhaliza ngan Erra Fazira je. Darjah 2 sepatutnya aku hanya patut tengok cerita cartoon je mcm bebudak lain. Macam adik lelaki aku, dah form 1 pon still tengok cartoon yang khas tok bebudak tadika je macam Dora The Explorer, ada ke patut? Punyalah tak matang. Tapi aku sejak darjah 2 lagi dah kureng tengok cartoon sebab perasan dah besar waktu tu. Kahkahkah.


Artis pertama yang aku suka ialah

                       Yusry KRU

Gila handsome dia dulu-dulu. Sekarang pon! Suka dia gila babeng ah dulu-dulu. Waktu tu aku sekolah rendah. Semua movies dia aku tengok. Okay itu tipu. Hampir keseluruhan lah aku tengok. Baik sebagai pelakon pembantu, hero, pengarah dlm sesebuah movie tu sure aku tengok begitu jugak dengan lagu-lagu dia. Ahhhh jatuh cinta dengan dia :')

                  Handsome!


Bila dah besar sikit dah jumpa lelaki hensem lebih sikit dari Yusry terus tersuka lelaki itu pulak. Sorry Yusry, I telah curang dengan U!

                  Fahrin Ahmad

Hehehe Fahrin Ahmad sangat hotttt! Lihat gambar di bawah sebagai bukti.


Arghhh I tried to be chill but you're so hot that I melted :D Weee suka dia! Masa Fahrin ber "teman tapi mesra" dengan Linda Onn sumpah aku tak suka doh. Tak sesuai, dah lah Linda lagi tua dari Fahrin (jealous). Tapi bila dorang "clash" aku rasa sedih, walau pon tak suka Linda tapi kesian dengan Fahrin mesti dia sedih waktu tu.

Lepas tu couple dengan Scha pulak, aku setuju. Sebab Scha cantik plus comel. Dorang nampak sweet. Bila dorang clash aku sedih jugak :'(  Terus tak suka Scha sampai sekarang. Over tak? Kahkahkah. Dah tu geng Linda lah pula macam nak jatuhkan Fahrin I. Apa kes??! =,=  Tapi aku juga telah curang dengan FA sebab dah terjatuh cinta dekat orang lain pulak. Hehehe. Sorry bekas bekas artis fevret ku.


Lelaki yang bertakhta di hati aku sekarang ialah Shaheizy Sam Samad. Omaigawwwd I'm sooo in love with him!!



Jatuh cinta dengan dia masa cerita Kasanova XXL (bila part dia dah kurus XD) Semakin jatuh cinta bila tengok Asmaradana. Kahkahkah. Paling best bila kakak aku (yg kini beralih pd Remy Ishak), aku ngan adik aku suka gila kat dia jugak. Weee kita sama geng! Kadang-kadang aku selalu sakat adik aku bila dia tak nak dengar cakap aku, contoh : 

Aku : Cah ambikkan phone kak na dekat atas
Cah : Malaslah. Sik sik suruh orang. Pergilah ambik sendiri
Aku : Alahh pleaseeee
Cah : Tak nak. kak na nie pemalas lah
Aku : Fine. I hate u
Cah : tak kisah ponnn
Aku : Shaheizy sam hates you too
Cah : eeii yelah yelah cah pergi ambik.

Kahkahkah jahat gila aku nie.


                    Tahniah Sam

Nak jumpa Sam satu hari nanti. Ya satu hari nanti yang tak pasti bila. Envy dengan orang-orang yang dapat jumpa Sam terutama Kak blogger Emma Sherrina yang selalu jumpa Sam lepas tu akan men-jealous kan aku dekat blog dia. Hahaha joke joke!

No comments:

Post a Comment