Untuk mengetepikan seketika perasaan
Tadaaaaaaaaaa!!
Amacam cantik tak?
Haa nie lah dia rumah impian aku. Not exactly macam nie, tapi lebih kurang lah. Aku nak rumah yang ada swimming pool oleh kerana aku sangat-sangat suka swimming. Kalau pergi hotel memang perkara pertama yang akan aku buat ialah berenang walau letih macam mana pon, punya semangat! Rumah aku nanti harus warna putih. Aku suka warna putih sebab nampak bersih dan suci, macam tuan dia LOL. Kawasan rumah haruslah luas untuk bakal anak-anak aku main kejar-kejar dengan Daddy dia. Jangan main dalam rumah nanti bersepah, aku bukannye rajin nak kemas. Sorry, big NO ye anak-anak. Kahkahkah.
Seterusnya ialah garden impianku. Pagi-pagi sebelum pergi kerja masa nak start engine kereta harus terlihat ini. Wow terus bersemangat. Tenang dan segar ditambah lagi dengan bunga berwarna-warni. Coolio! Weekend boleh gardening dengan satu family untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kahkahkah.
Inilah dia bakal living room aku. Sofa pon harus warna putih. Ada ruang yang luas dengan design yang simple tapi cantik. Oh ya tiada televisyen di ruang tamu kerana tak nak ruang tamu bersepah (ikut petua Pn Rastina). Tak tau lah betul ke tak petua nie, sebab rumah aku sekarang TV kat bawah like most of your house. Betul lah kot, sebab bila tengok TV nanti mesti nak makan keropok lah, kacang lah, kerepek lah lepas tu nanti makanan terjatuh-jatuh especially budak kecik. Eh ke keluarga aku je buat macam tu? Abaikan.
Dapur warna hitam/gelap kontra dengan ruang tamu. Bagus! Ada unsur seni dalam penghiasan rumah walaupon subjek seni hanya dapat B. Nak dapur yang modern macam nie. Baru rasa hebat di dapur walau tak reti hebat memasak.
Part paling best ialah bilik tidur. Weehoo! Jom kita usha bilik impian aku. Aku nak bilik yang ada pool lah. Ada tak?
Apa memang wujud??! Memang terbaik lah. Bila dah pagi golek-golek atas katil lepas tu kebomm sengaja terjatuh dalam pool dengan baju-baju tidur sekali. Tengok punya pemalas aku nie nak gerak gi toilet. Kahkahkah. Over doh bilik cenggini. Memang taklah aku akan buat bilik macam nie nanti. Unik tapi tak sesuai. Jadi bagaimanakah rupa bilik tidur aku dan suami (ehem) nanti?
Cakk inilah dia
Bagaimana pulak dengan bathroom?
Suka suka suka! Bathroom yang cantik dan nampak mewah. Ya aku memang over u alls. Tapi cuba bayangkan kalau korang ada bathroom macam nie. Memang berjam-jam lah mandi. Silap-silap boleh tertidur terus. Hehehe.
Ini dia walk-in-closet kitew! Harus ada. Kumpulkan barang-barang dalam satu tempat, baru tak lupa letak mana. Masuk je dah nampak oh itu dia handbag mahal kitew, oh itu dia kasut beli dekat Switzerland kitew! Kahkahkah.
Nie lah bilik anak perempuan kiteww. Harus pink. Tak perlu banyak barang, hanya beli all in one. Bestnya kalau time kecik dulu dapat bilik camnie. Siap dengan laptop segala bagai. Fuhh memang heaven. I loike! Tapi kalau dapat boy takkan dok bilik nie pulak. Mari skodeng bilik anak lelaki mengikut pilihan aku.
Style yang sama! Sungguh cute kalau bilik style sama. Haish kenapa aku tetiba suka benda all in one nie. Sebab unique tak macam bilik orang lain.
Bila dah remaja harus tukar kepada style ini. Baru boleh latih dia supaya terror main basketball macam Troy Bolton dalam High School Musical. Kahkahkah. Amboi amboi banyak duit nak tuka design mengikut pertambahan umur. Apa salahnya untuk anak sendiri. Hihi.
Dan yang terakhir ini dia ruang tengok TV di tingkat atas oleh kerana taknak letak TV kat bawah. Putih lagi!
Okay itu saje. Amacam tinggi tak angan-angan aku? Hihi. InsyaAllah aku akan berusaha sampai berjaya menjadikan angan-angan aku menjadi impian. Amin! Korang macam mana pulak, nak rumah macam mana. Mari share!












Heeheee~~~~Alaa, x pe, kalo jarum tu pth laen citer. XD!!!
ReplyDeleteHehehe :D
ReplyDeleteske style dapur, closet and master bedroom tu... hehe :)
ReplyDeletehehehe thank u :)
ReplyDelete